Tuesday, October 22, 2013

Diam Adalah 1 Terapi




19 October
Via Jaizan Hadi El-Pasitanji
Jd lbh baik diam daripada berkata-kata yg tidak perlu

DIAM Itu Mengandung 7000 kebaikan, yang Terkandung dalam 7 Kalimat...
1. "Diam adalah ibadah tanpa perlu bersusah payah...!!!"
2. "Diam adalah perhiasan tanpa berhias...!!!"
3. "Diam adalah kehebatan tanpa kerajaan...!!!"
4. "Diam adalah benteng tanpa pagar...!!!"
5. "Diam merupakan kekayaan tanpa meminta pada orang...!!!"
6. "Diam menjadikan istirehat bagi dua malaikat pencatat amal..!!!"
7. "Diam menutup keaiban...!!!"


Mendidi Zuriat


Via ustaz Ebit Lew
Didiklah zuriat untuk mengenal diri dan Allah.
Moga dipermudahkan....Amin
Saya lihat seorang alim.Dia didik anaknya untuk tidur awal setiap malam. Pukul 10 malam sahaja semua anaknya dah tidur lena. 

Dalam pukul 4.45 pagi semua anaknya dengan mudah bangun dan semuanya solat tahajud dan baca Al-Quran. Dengan sekali panggil.

Anaknya berebut-rebut nak pergi masjid solat subuh. 6 orang anaknya umur 4 tahun sampai umur 15 tahun.

Dari kecil dia didik anaknya zikir 300 pagi dan 300 petang. 100 kali tasbihat, 100 selawat, 100 x istighfar.

Untungnya anak-anaknya. Untungnya mak ayahnya. Hari ini ramai orang latih anaknya untuk main bola sejak kecil. Menyanyi sejak kecil. Pandai matematik sejak kecil. Pandai menari sejak kecil.

Benarlah agama ini mudah dan nikmat untuk orang iman kuat dan mengenal Allah. Bila iman lemah orang kata agama mudah juga tapi setelah mereka permudahkan sendiri. 

Ya Allah umurku sudah tua tapi masih belum istiqamah bangun tahajud dan menangis. Ya Allah apalah yang aku cari dalam dunia ini. Wahai diri berapa lama lagi kamu perlukan masa untuk jadi hamba Allah yang sebenarnya
Adakah sehingga tanah kubur masuk dalam mulutmu-ebit lew